Nota SPA 306
TATACARA MENGHADAPI TEMUDUGA 1 | TATACARA MENGHADAPI TEMUDUGA 1 |
|
|
|
| Written by Angriani | |
|
PERSEDIAAN TEMUDUGA 1. Dapatkan maklumat asas yang tepat * Pastikan : - tarikh - hari - masa - tempat * Tiba lebih kurang 15 minit awal * Jangan terlalu awal. * Hubungi pihak majikan terlebih dulu dan bertanya tentang bagaimana temuduga dijalankan samada secara individu, berkelompok atau dengan panel. 2. Mengkaji bakal majikan/kursus/universiti * Untuk jawatan, dapatkan maklumat melalui laporan tahunan atau pegawai perhubungan awam agensi tentang: o nama, o alamat, o lokasi, o perkhidmatan yang diberi, o orang utama yang menerajui * Untuk kursus dapatkan maklumat dari prospektus atau pamplet yang disediakan di institut itu. * Untuk biasiswa,cari maklumat tentang bidang kursus melalui buku kalendar universiti dan hubunani pegawai perhubungan awam universiti. 3. Tentukan anda mengenali diri anda * Mesti jelas dengan: o Kemahiran-kemahiran yang dimiliki o kualiti peribadi o latar belakang diri anda. * Senaraikan aktiviti utama anda dua tahun kebelakangan samada akademik atau ko-kurikulum yang dapat mencerminkan kualiti dan kemahiran yang sedang dicari oleh majikan. * Kemahiran dan kualiti diri yang dicari oleh majikan ialah: o sikap yan positif atau berkeyakinan o Bercita-cita tinggi o asas pengetahuan yan meluas o pengalaman bekerja o bekerja kuat dan bertenaga o nilai atau mutu kerja yang tinggi o kesediaan untuk belajar dan menerima kritikan yang membina o kemahiran berkomunikasi o kemahiran intrapersonal o inisiatif o potensi daya kepimpinan o kebolehan merancang dan mengurus. 4. Sediakan dokumen anda * Tentukan semua dokumen disusun mengikut keutamaan di dalam fail seminggu sebelum temuduga. * Letakkan surat panggilan temuduga di bahagian hadapan * Buat semakan terakhir mengikut keperluan. 5. Pakaian * Calon yang tidak mempedulikan pakaian mungkin dianggap tidak mengambil berat hal-hal lain. * Pilihlah pakaian yang sesuai dengan pekerjaan yan dipohon. * Pilihlah pakaian yang sederhana tetapi kemas supaya tidak terlalu tertumpu kepada diri anda sahaja. * Kadangkala pegawai penemudua akan menyoal keadaan pakaian dan diri calon. PROSES TEMUDUGA Peringkat 1 * Perbualan ringan untuk mendapatkan gambaran tentang perwatakan anda. Peringkat 2 * Fokus tentang latar belakang dan kelayakan anda. * Anda harus membuka diri, ‘menjual diri’ serta mempamerkan kebolehan anda. Peringkat 3 * Saling bertukar maklumat. * Anda perlu menjelaskan dan mengukuhkan lagi kebolehan anda dan mendapatkan maklumat lanjut tentang jawatan. Peringkat 4 * Penutup perbualan. |
| < Prev | Next > |
|---|