UBK KKT

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
  • default color
  • green color
  • cyan color
  • red color
RESUME PDF Print E-mail
Written by Angriani   
Pengenalan
  • Dalam usaha mencari pekerjaan terdapat beberapa peringkat yang harus dilalui oleh seorang pelaiar, antara lain ialah peringkat menyediakan resume.
  • Resume adalah merupakan dokumen yang penting digunakan oleh majikan bagi menolong memudahkan proses pemilihan untuk ditemuduga.
  • Amalan ini menjadi lebih penting kepada majikan terutamanya sektor swasta. Oleh itu penyediaan resume harus dibuat dengan lebih teratur serta mencapai matlamat kepada sesuatu jawatan yang dipohon.
Pengenalan

    * Dalam usaha mencari pekerjaan terdapat beberapa peringkat yang harus dilalui oleh seorang pelaiar, antara lain ialah peringkat menyediakan resume.
    * Resume adalah merupakan dokumen yang penting digunakan oleh majikan bagi menolong memudahkan proses pemilihan untuk ditemuduga.
    * Amalan ini menjadi lebih penting kepada majikan terutamanya sektor swasta. Oleh itu penyediaan resume harus dibuat dengan lebih teratur serta mencapai matlamat kepada sesuatu jawatan yang dipohon.

Apa itu RESUME ???

    * Perkataan resume berasal daripada perkataan latin. "Resume" yang bererti "to take up again" dan perkataan Perancis yang bermaksud "to summarize". Adakalanya perkataan ini digantikan dengan perkataan "curriculum vitae" (C.V).
    * Mengikut B.E. Bostwick dalam bukunya "Resume writing - a comprehensive how to do it guide", resume ialah satu iklan mengenai diri (resume is an advertisement of oneself).
    * Resume di sini bertujuan untuk mendapatkan peluang untuk ditemuduga oleh majikan.
    * William A. Cohon pula melihat resume sebagai alat untuk mendapat peluang pekerjaan (a tool for gaining employment).
    * Cohon juga sependapat dengan Bostwick bahawa resume ditujukan buat majikan bagi tujuan mendapatkan peluang untuk temuduga.
    * Kamus Webster menjelaskan resume sebagai perihal mengenai kerjaya dan kelayakan seseorang yang disediakan bagi tujuan memohon jawatan.

Jenis-jenis RESUME

a. Latar Diri Asas (Basic Resume)

    * Ini merupakan jenis resume yang paling asas yang biasa disediakan oleh mereka yang menceburi pasaran kerja buat pertama kali.
    * Jenis ini sesuai untuk mereka yang mempunyai pengalaman bekeria yang terhad.

b. Latar Diri Mengikut Kronologi (Chronological Resume)

    * Akan mengikut kronologi.
    * Misalnya jawatan Maklumat-maklumat disenarai terkini (current post) disenaraikan di atas sekali.

c. Latar Diri Fungsian (Functional Resume)

    * Resume seperti ini menonjolkan kemahiran dalam fungsi-fungsi tertentu (misainya pengurusan, pemasaran) tanpa menitikberatkan kronologi.
    * Jenis resume ini sangat menarik minat majikan sekiranya sesuai dengan keperluan jawatan yang diiklankan.

d. Latar Diri Sasaran (Targetted Resume)

    * Jenis ini digunakan oleh mereka yang sudah yakin tentang sasaran atau bidang kerjayanya. (Misalnya bidang pengurusan).
    * Memperkenalkan diri anda, Nyatakan kelayakan tertinggi anda.
    * Tujuan anda menulis dan menghantar resume pada majikan.
    * Memohon pertimbangan serta jawapan dari majikan.
    * Surat iringan mengandungi alamat atau tarikh si pengirim.
    * la perlu ringkas dan menarik.
 
< Prev   Next >

Sponser

Kota Mesej