|
UNIT 1 : KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING 1 |
|
Written by Angriani
|
|
DEFINISI BIMBINGAN - Perbuatan membimbing, memberi petunjuk, mengajar sehingga selesai sesuatu kerja atau tugas. (DBP)
- Suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka. (Suradi Salim, 1996)
- Suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya. (Suradi Salim, 1996)
- Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong.
- Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur dan mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan matlamat seseorang tercapai.
- Lazimnya bimbingan melibatkan perkara-perkara yang menentukan perkembangan seseorang itu.
- Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal.
- Perjalar atau individu yang ingin mengikuti bimbingan perlu hadir secara sukarela.
- Proses bimbingan perlu dilaksanakan secara kolaboratif di antara fasilitator/guru pembimbing dan para pelajar.
PENGENALAN KEPADA KAUNSELING Tiga istilah yang sering dikelirukan ; - NASIHAT ~ Diberikan oleh sesiapa dan tidak kepada apa-apa kepakaran
- BIMBINGAN ~ Diberikan oleh orang yang pakar dalam bidang tertentu
- KAUNSELING ~ Diberikan oleh orang mempunyai ilmu dalam bidang kaunseling
Terdapat beberapa salah tanggapan masyarakat terhadap definisi atau pengertian KAUNSELING. Antaranya
- Kaunseling adalah nasihat
- Kaunseling hanya untuk orang bermasalah sahaja
- Kaunseling adalah untuk pelajar IPT sahaja
- Kaunseling adalah berbual-bual sahaja
- Kaunseling boleh ‘mengubati’ semua masalah tingkah laku
- Kaunseling untuk orang kaya sahaja
- Kaunseling untuk pelajar sekolah sahaja
- Klien di’psiko’ apabila jumpa kaunselor
- Apabila dah tak dapat dikawal barulah jumpa kaunselor
- Habis terbongkar semua rahsia
|
|
Read more...
|
|
|
Written by Angriani
|
|
Johns (1996) Komunikasi sebagai proses pertukaran maklumat di antara penyampai dan penerima maklumat di kalangan pelbagai pihak. Cth : pembekal, pelanggan, pengurus karajaan dan lain-lain.
Green Berg & Baron (1996) Satu proses di mana individu, kumpulan dan organisasi yang bertindak sebagai penyampai menyampai maklumat kepada individu, kumpulan dan organisasi lain yang bertindak sebagai penerima mesej.
|
|
Read more...
|
|
|
PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN 1 |
|
Written by Angriani
|
|
3. PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN 3.1 DEFINISI PERNIAGAAN ~ Perniagaan adalah aktiviti jual beli barang dan penyediaan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat dengan tujuan mendapat keuntungan. |
|
Read more...
|
|
|